Apakah eToro?

eToro adalah sebuah syarikat broker perdagangan sosial (social trading) dan pelbagai aset (multi-aset, bukan forex sahaja) yang mempunyai ibu pejabat di Cyprus, Israel, China dan United Kingdom.

Platform dagangan online eToro membolehkan anda untuk trade secara sosial atau trade secara manual.

Trade Secara Social

Jika anda seorang trader yang baru atau anda tidak mempunyai masa untuk membuat analisis, anda boleh “meniru” atau copy aktiviti perdagangan pelanggan lain dengan menggunakan sistem CopyTrader eToro untuk meniru segala yang mereka lakukan dalam masa nyata.

Menggunakan platform eToro, anda boleh mendapat maklumat setiap data berkaitan pelanggan, seperti peratusan keuntungan, skor risiko dan komposisi portfolio.

Trade Secara Manual

Jika anda seorang trader yang lebih berpengalaman, anda boleh memilih untuk trade secara manual. eToro menyediakan beberapa pilihan kelas aset yang boleh didagangkan seperti saham mata wang, komoditi, mata wang kripto, ETF dan indeks. Semua ini boleh dilaksanakan menggunakan platform dagangan eToro.

CopyPortfolio

CopyPortfolio adalah produk pelaburan jangka-panjang yang dibangunkan oleh eToro untuk pelabur-pelabur yang inginkan dana mereka diurus oleh pengurus dana berpengalaman. Anda boleh mendapat info yang lebih lanjut di sini.