Cara Buka Akaun Dengan eToro

Artikel ini akan menunjukkan bagaimana untuk buka akaun eToro dengan mudah.

Langkah #1: Klik link ini untuk buka akaun eToro. Anda akan dibawa ke satu laman sesawang khas untuk urusan buka akaun.

Langkah #2: Lengkapkan maklumat peribadi anda.

Isikan maklumat peribadi anda seperti nama, username, email dan kata laluan anda. Sila pastikan alamat email dan nombor telefon yang anda guna adalah betul dan aktif, kerana anda akan perlu mengesahkan nombor telefon dan email anda nanti.

Langkah #3: Isi borang permohonan akaun.

Selepas maklumat anda telah diisi, anda akan melihat dashboard akaun anda.

Sila klik bahagian “Complete profile” Untuk mengisi borang permohonan bagi akaun eToro anda. Anda boleh isi setiap pertanyaan dengan jawapan yang bersesuaian dengan anda. Soalan pertama adalah anda diminta untuk mengesahkan maklumat peribadi anda.

Selepas itu anda perlu menjawab beberapa soalan pendek mengenai pekerjaan, gaji, dan status kewangan anda. soalan seperti ini adalah standard bagi semua broker yang anda. 

Langkah #4: Muat naik dokumen untuk mengesahkan akaun live eToro anda.

Hanya tinggal beberapa step untuk anda sahkan akaun live eToro anda. Di bahagian ini anda perlu mengesahkan nombor telefon anda. Masukkan nombor telefon anda dan masukkan kod yang anda terima melalui sms untuk mengesahkan akaun anda.

Sebaik sahaja anda menyelesaikan pengesahan nombor telefon, anda akan dibawah ke ruang seterusnya iaitu, memuat naik dokumen pengesahan akaun anda.

Seperti yang dijelaskan dalam panduan gambar di bawah, anda perlu memastikan passport atau kad pengenalan (passport lebih cepat) yang anda muat naik adalah jelas dan berwarna.

Langkah #5: Verification Pending – Akaun anda hampir selesai.

Di bahagian ini, anda akan melihat bahagian “Verification Pending” seperti dalam gambar dibawah. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa status pengesahan akaun live eToro anda masih pending. Jawapannya mudah. Ia mengambil sedikit masa untuk diproses.

Sementara akaun anda disahkan, anda masih boleh membuat deposit sebanyak 200 USD dan berdagang secara bebas dalam akaun anda. Biasanya akaun anda akan disahkan selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam. Anda akan menerima pengesahan melalui e-mel.

Untuk mengesahkan akaun anda dengan cepat, terdapat dua cara yang anda boleh gunakan iaitu, yang pertama adalah anda perlu memuat naik pasport sebagai dokumen pengesahan anda. Yang kedua adalah, anda perlu deposit akaun live anda. Ini akan membantu anda untuk mempercepatkan proses pengesahan akaun live eToro anda.