Proses deposit dengan eToro adalah mudah dan pantas. Ada beberapa kaedah deposit yang disediakan oleh eToro untuk kemudahan para trader di bawah eToro. Anda hanya perlu pilih mana-mana kaedah deposit yang anda mahu dan ikut langkah-langkah deposit dibawah ini:
1. Login masuk ke akaun trading anda.
2. Klik “Fund Deposit”
3. Masukkan jumlah deposit dan mata wang.
4. Akhir sekali, pilih kaedah deposit yang anda mahu.
Untuk kemudahan anda, eToro menyediakan beberapa kaedah deposit yang mudah dan cepat seperti dibawah:
Kaedah deposit | Negara | Tempoh duit dikreditkan ke akaun bank. | Maksimum deposit | Badan kawal selia |
Union Pay China | Hong Kong | Serta merta | USD 20,000 | Hong Kong |
Kad Kredit/Debit (Visa, Mastercard, Diner’s Club | UK | Serta Merta | USD 40,000 | FCA |
Giropay | UK | Serta Merta | USD 30,000 | BaFin |
Neteller | UK | Serta merta | USD 10,000 | FCA |
PayPal | Luxembourg | Serta merta/ pembayaran cek elektronik akan mengambil masa 5-7 hari bekerja | USD 20,000 | CSSF, Luxembourg |
Skrill Limited UK | UK | Serta merta | USD 10,000 | FCA |
WebMoney | UK | Serta Merta | USD 50,000 | FCA |
Wire Transfer | Semua | 3-5 hari bekerja | Tiada had | Bergantung kepada Bank penghantar |
Yandex | Rusia | Serta merta atau sehingga 5 hari bekerja | RUB 5000 | Bank Rusia |
Local Bank Transfer | Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam | Serta merta | USD10,000 | |
ACH | US | 2 hari bekerja | USD 50,000 | FinCen |
Anda tidak perlu risau tentang keselamatan duit atau deposit anda kerana deposit anda terjamin dan selamat dengan eToro. Semua transaksi dikomunikasikan dengan menggunakan Secure Socket Layer (SSL), yang memastikan bahawa maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat.
Bagaimana deposit dengan menggunakan Bank Online melalui bank tempatan?
Klik bahagian “Perbankan dalam talian” dari menu pada halaman deposit dan masukkan jumlah deposit. Seterusnya, klik “Teruskan.” Anda akan dibawa ke halaman baharu dengan senarai bank-bank yang tersedia di negara Malaysia. Sebaik sahaja anda memilih bank anda, sila ikut langkah berikut:
1. Log masuk ke akaun e-bank anda
2. Masukkan kod pengesahan yang disediakan oleh bank anda
3. Klik “Hantar”
Deposit anda akan dikreditkan dalam masa beberapa minit. Jika transaksi anda ditolak atau gagal, anda akan dimaklumkan sebab kenapa transaksi anda ditolak atau gagal.
Urus niaga ini akan di senaraikan sebagai “eToro (Europe) Ltd.” pada penyata kewangan penyedia pembayaran anda.
Berapa minimum deposit broker eToro?
Minimum deposit adalah bergantung dengan peraturan serantau dan negara serta jenis akaun yang anda pilih. Minimum deposit biasanya bermula daripada $100 sehingga $10,000.
Sila ambil perhatian: Akaun yang tidak disahkan adalah terhad kepada jumlah deposit sebanyak $2,250 sahaja. Untuk meningkatkan akaun anda ke status Disahkan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan eToro. eToro berhak untuk menukar mana-mana had deposit pada bila-bila masa. Jika anda membuka akaun korporat, deposit minimum kali pertama yang diperlukan adalah sebanyak $10,000.