Produk Dagangan Yang Ditawarkan Oleh eToro

Terdapat beratus-ratus aset kewangan yang berbeza-beza yang boleh didagangkan di eToro. Ini merangkumi beberapa kategori komoditi, aset kripto, mata wang, indeks dan ETF.

Setiap kelas aset mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan boleh didagangkan menggunakan pelbagai strategi pelaburan.

Beberapa kedudukan/posisi di eToro melibatkan pemilikan aset asas, seperti long (BUY), kedudukan non-leveraged ke atas saham dan crypto. CFD lain juga ditawarkan, yang memberi pelbagai pilihan, seperti perdagangan dengan leverage, kedudukan short (SELL), pemilikan pecahan dan banyak lagi.

Saham

Pasaran saham adalah dinamik dan memberikan banyak pilihan kepada pedagang. Saham biasanya dianggap sesuai untuk pelaburan jangka sederhana hingga jangka panjang. Setiap saham dipengaruhi oleh peristiwa pasaran yang berlainan dan nilainya boleh naik atau turun selepas sesuatu pengumuman seperti laporan pendapatan, pelancaran produk baharu dan perubahan dalam harga saham pesaing.

Sebagai contoh, jika pengeluar telefon pintar menerima khabar negatif berikutan kerosakan dalam satu siri produknya, terdapat kemungkinan harga saham pesaing langsung akan meningkat. Syarikat yang membuat keuntungan, selalunya berkongsi dividen dengan pemegang saham mereka dengan pembayaran tetap per share.

Membeli saham di eToro dengan membuka kedudukan BUY (long) dan bukan leverage, bermakna anda melabur dalam aset asas dan saham dibeli dan dipegang menggunakan nama anda.

Walau bagai manapun, eToro juga menawarkan fungsi tambahan menggunakan perdagangan CFD. Dengan CFD, anda boleh membuka kedudukan BUY (short), menggunakan leverage dan membeli saham pecahan. Contohnya, di eToro anda boleh melabur paling sedikit sebanyak $100 dalam saham yang sebenarnya bernilai $500.

Antara saham yang popular di eToro adalah Apple, Tesla, Google, Facebook, Amazon dan banyak lagi.

Cryptoassets

Perkembangan Cryptoassets seperti Bitcoin dan Etherium sangat memberangsangkan dan menjadi pilihan bagi investor untuk berdagang. Dengan peningkatan pemilihan Crypto yang semakin meningkat dalam platform, strategi pelaburan CryptoPortfolio yang unik yang menawarkan pendedahan kepada pasaran dan diuruskan oleh jawatan kuasa pelaburan eToro, eToro memberikan banyak pilihan bagi mereka yang ingin berdagang dan melabur dalam pasaran kripto.

Cryptoassets memaparkan ketidaktentuan (volatility) yang sangat tinggi, dan ia merupakan perkara biasa bagi turun naik peratusan dua digit dalam sehari. Bitcoin, yang merupakan kripto pertama dan terbesar, dianggap sebagai penanda aras bagi pasaran ini, dan carta aset lain sering bergerak ke arah yang sama seperti Bitcoin.

Membeli crypto di eToro bermakna anda melabur di aset asas, dan crypto dibeli dan dipegang oleh eToro bagi pihak anda. Dagangan ini adalah bukan leverage(Unleveraged). Membeli dan menjual aset asas tidak dikawal selia dan tidak mempunyai perlindungan pelabur.

Antara tawaran mata wang kripto eToro termasuklah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Bitcoin Cash (BCH), Cardano (ADA),XRP dan banyak lagi.

Komoditi

Berdagang dengan komoditi adalah salah satu amalan perdagangan yang paling lama di dunia, sejak beribu tahun yang lalu. Komoditi adalah unik, memandangkan mereka mempunyai perwakilan fizikal dunia yang sebenar. Sama ada sumber tenaga, seperti minyak, atau logam berharga seperti emas atau platinum, komoditi wujud di dunia nyata, oleh itu harganya juga dipengaruhi dengan harga dunia sebenar. 

Contohnya, katakan stok bekalan minyak adalah dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan, kemungkinan besar harga minyak akan turun. Di samping itu, beberapa komoditi dianggap aset selamat, bermakna mereka boleh menambah kestabilan kepada portfolio yang terdiri daripada aset yang sangat tidak menentu (highly volatile assets). Sebagai contoh, ramai peniaga mata wang asing beralih kepada emas apabila pasaran menjadi terlalu tidak menentu, kerana harga emas lebih stabil secara keseluruhan, sementara masih berkaitan dengan pasaran pertukaran asing.


Komoditi didagangkan di eToro hanya sebagai CFD, bermakna anda tidak perlu membeli aset asas untuk mendagangkan mereka. Di samping itu, CFD membolehkan posisi “SELL” (short), perdagangan leveraged, dan pemilikan pecahan – walaupun untuk aset yang tidak menawarkan pilihan dalam perdagangan tradisional. Sebagai contoh, di eToro, anda boleh melabur sedikit sebanyak $ 100 dalam emas, walaupun satu unit emas berharga $ 1,000.

Sebahagian daripada komoditi popular eToro termasuklah emas, minyak, gas asli, perak, platinum dan banyak lagi.

Currencies/Mata Wang

Perdagangan dalam Mata Wang merupakan market yang terbesar di dunia, dengan purata trading volume lebih daripada $5 trillion sehari. Perdagangan mata wang juga merupakan pasaran yang sangat tidak menentu, boleh berlaku perubahan dalam masa beberapa saat sahaja.

Oleh kerana ia merupakan pasaran yang dinamik, pedagang mata wang biasanya sangat aktif, kadang-kadang dagangan buka dan tutup dalam masa beberapa minit sahaja. Pergerakan mata wang diukur dalam unit yang sangat kecil, dikenali sebagai PIP (0.0001), dan memerlukan modal yang besar untuk menghasilkan keuntungan yang ketara.

Atas sebab ini, kebanyakan platform dagangan menawarkan urus niaga leverage nisbah tetap (fix ratio). Sebagai contoh, jika nisbah yang ditetapkan kepada 1:100, maka bagi setiap $1 yang dilaburkan, platform memberi pedagang pinjaman tambahan sebanyak $99. Leverage dianggap sebagai pedang bermata dua, kerana kerugian juga “dileveragekan”, dan boleh mengakibatkan modal berkurang dengan cepat.

Setiap mata wang boleh terjejas/menurun dengan pelbagai faktor, termasuk keputusan kadar faedah bank pusat, statistik eksport negara tertentu, dan lain-lain peristiwa ekonomi.

Mata wang didagangkan di eToro hanya sebagai CFD, bermakna anda tidak perlu membeli aset asas untuk perdagangan mereka. Di samping itu, CFD membolehkan kedudukan SELL (short) dan perdagangan dengan leverage walaupun untuk aset yang tidak menawarkan pilihan dalam perdagangan tradisional.

Sebahagian daripada mata wang popular eToro termasuklah EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, USD/JPY, USD/CAD dan banyak lagi.

Exchange-Traded Fund (ETF)

EFT adalah instrumen kewangan yang terdiri daripada beberapa aset yang dikumpulkan bersama-sama untuk berfungsi sebagai satu dana yang boleh didagangkan. Setiap ETF mengikuti strategi atau indeks pasaran tertentu dan direka sama ada sesuai dengan keperluan perlindungan sesebuah institusi kewangan tertentu, atau menjadi pilihan yang berisiko rendah bagi pelabur.

ETF dicipta oleh pasukan pakar kewangan yang menyesuaikan setiap dana untuk memenuhi satu-satu matlamatnya. Aset dalam dana tersebut dimiliki oleh orang yang menciptanya, dan seperti saham, dividen boleh diagihkan kepada pelabur dari semasa ke semasa. ETF biasanya dianggap sebagai alat pelaburan jangka panjang, kerana ia ditujukan kepada risiko rendah, dan direka untuk menghasilkan keuntungan yang mantap dari semasa ke semasa.

Melabur ETF di eToro dengan membuka kedudukan BUY (long), non-leverage, bermakna anda melabur dalam aset asas, dan ETF dibeli dan dipegang menggunakan nama anda. Walau bagaimanapun, eToro juga menawarkan fungsi tambahan menggunakan perdagangan CFD. Dengan CFD, anda boleh membuka kedudukan SELL(short), menggunakan leverage dan membeli saham pecahan. Contohnya, di eToro anda boleh melabur paling sedikit adalah $250 dalam ETF yang sebenarnya bernilai $500.

Sebahagian daripada ETF popular eToro termasuklah SPY, VXXB, TLT, HMMJ, QQQ dan banyak lagi.

Indeks

Setiap pasaran saham utama di seluruh dunia mempunyai indeks, atau beberapa indeks, yang mencerminkan status segmen tertentu pasaran tersebut. Indeks dianggap lebih stabil daripada saham individu, kerana ia mengandungi banyak aset yang berbeza, yang cenderung untuk mengimbangi satu sama lain.

Sebagai contoh, indeks NASDAQ di Wall Street menjumlahkan syarikat-syarikat utama dari sektor teknologi, seperti Apple dan Google, dan kerana ia mempunyai syarikat pesaing, jika satu saham jatuh,mungkin pesaingnya akan meningkat, yang akan mengekalkan keseimbangan keseluruhan indeks.

Memandangkan syarikat-syarikat tidak sama dari segi saiz dan modal pasaran, setiap saham mempunyai kesan yang berlainan pada indeks, yang bermaksud beberapa saham membawa beban yang lebih tinggi. Sebagai contoh, semenjak Apple mempunyai beban yang lebih tinggi daripada syarikat-syarikat kecil dalam indeks NASDAQ, jika saham Apple naik dengan ketara, ia dapat meninggikan nilai keseluruhan indeks.

Indeks didagangkan di eToro sebagai CFD, kerana ia bukan aset kewangan yang boleh dilaburkan secara langsung. Dengan CFD, anda boleh membuka kedudukan BUY (long) atau SELL (short) dan perdagangan dengan leveraj terbuka.

Sebahagian daripada indeks popular di eToro termasuklah GER30, NSDQ100, DJ30, SPX500, FRA40 dan banyak lagi.

Adakah anda sudah bersedia untuk menjadi investor atau trader dengan eToro? Anda boleh mendapatkan panduan untuk buka akaun eToro di sini untuk tahu dengan lebih lanjut proses pendaftaran akaun eToro.