Sejarah eToro

Bermula dari Januari 2007, tiga usahawan, Yoni Assia, Ronen Assia dan David Ring bersepakat untuk mempengaruhi dunia perdagangan. Misi mereka adalah mudah sahaja iaitu ingin menciptakan satu platform perdagangan yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja dan mengurangkan pergantungan kepada institusi kewangan tradisional. 

eToro (Europe) Ltd adalah sebuah Syarikat Perkhidmatan Kewangan yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Cyprus Securities Exchange Commission (CySEC) di bawah lesen # 109/10, eToro (UK) Ltd yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority (FCA) di bawah lesen FRN 583263 dan eToro AUS Capital Pty Ltd yang  diberi kuasa oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC) untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di bawah Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia 491139.

Pada Mei 2009, eToro melancarkan platform WebTrader yang membolehkan sesiapa sahaja dan di mana sahaja untuk berdagang dalam aset kewangan secara atas talian. WebTrader ini boleh digunakan oleh pedagang baru mahupun pedagang yang berpengalaman.

Seiring berjalannya waktu, sekali lagi pada tahun 2010, eToro melancarkan platform pelaburan sosial eToro OpenBook, bersama dengan ciri “Copy-Trading”. OpenTech eToro membolehkan para pelabur untuk melihat, mengikuti dan menyalin pedagang utama rangkaian secara automatik. Pada tahun itu, eToro mengeluarkan aplikasi Android pertama supaya pelabur boleh membeli dan menjual stok melalui peranti mudah alih. 

Pada Julai 2013, eToro mula memperkenalkan saham. Selain daripada komoditi, mata wang dan aset lain, eToro juga mempunyai pelbagai pilihan saham, ia membolehkan pedagang mempelbagaikan portfolio mereka dan melabur dalam pasaran saham global.

eToro tidak berhenti di situ apabila pada Februari 2016 mereka memperkenalkan CopyPortfolio yang dahulunya dikenali sebagai CopyFund. CopyPortfolios adalah instrumen pelaburan yang mengumpulkan koleksi aset kewangan. 

Selepas memperkenakan Bitcoin pada tahun 2013 melalui CFD, eToro memperluaskan tawaran mata wang kripto mereka, iaitu membolehkan pelanggan untuk berdagang dan melabur dalam Ethereum, XRP (oleh Ripple Labs), Litecoin dan banyak lagi mata wang kripto lain yang popular.

Terakhir sekali, pada bulan Mei 2018, eToro memasuki pasaran AS dengan menawarkan 10 mata wang cryptocurrencies iaitu, Bitcoin, Ethereum, Litecoin, XRP, Dash, Bitcoin Cash, Stellar, Ethereum Classic, NEO, dan EOS.

Sehingga kini, lebih daripada $222 juta telah dilaburkan di eToro oleh firma pelaburan utama, seperti CommerzVentures, Spark Capital dan China Minsheng Financial Holdings. Sejak penubuhannya pada tahun 2007, syarikat ini telah beroperasi dengan memfokuskan kehendak pelanggan dan berteraskan inovasi.