Kaedah Withdrawal dengan eToro

eToro menyediakan kaedah pengeluaran (withdrawal) yang mudah dan pantas. Anda boleh mengeluarkan dana dari akaun eToro anda pada bila-bila masa sahaja. Pengeluaran dana boleh dilakukan berdasarkan jumlah baki dana dalam akaun eToro anda dan ditolak dengan jumlah margin yang telah digunakan.

Anda boleh mengeluarkan dana dengan menggunakan kaedah yang sama, dan dikreditkan ke akaun yang sama seperti kaedah yang anda guna ketika membuat deposit. Bayaran akan dibuat mengikut keutamaan berikut:

1. Credit card

2. PayPal

3. Bank transfer

* Sila ambil perhatian bahawa anda akan diminta memberikan kaedah pembayaran alternatif jika kami tidak dapat mengembalikan dana anda melalui kaedah deposit asal anda.

Tempoh Dana Anda Diproses dan Dikreditkan ke Akaun Bank Anda

Permintaan pengeluaran mengambil masa sehingga 1 hari bekerja untuk diproses, dengan syarat kami mempunyai semua maklumat yang diperlukan. Jumlah anggaran masa untuk menerima bayaran adalah berbeza-beza bergantung kaedah apa yang anda guna. Anda boleh rujuk jadual dibawah bagi tempoh dana anda dikreditkan ke akaun anda.

Kaedah pengeluaranAnggaran masa duit anda dikreditkan
Union Pay China 1-2 Hari bekerja
Kad Kredit / Debit Sehingga 8 hari bekerja
Neteller 1-2 Hari bekerja
PayPal 1-2 Hari bekerja
Skrill Limited UK 1-2 Hari bekerja
WebMoney 1-2 Hari bekerja
Bank Transfer1-2 Hari bekerja
Wire TransferSehingga 8 hari bekerja

Pembatalan Pengeluaran Dana

Anda boleh juga membatalkan permintaan pengeluaran dana pada bila-bila masa sahaja. Untuk membatalkan permintaan pengeluaran anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masuk ke akaun dagangan anda dan klik “Withdraw Funds”
  2. Pop-up message akan muncul. Gunakan pautan “click here” untuk melihat sejarah pengeluaran anda
  3. Klik pada butang “Reverse”
  4. Kemudian sahkan bahawa anda ingin membatalkan permintaan pengeluaran.
  5. Semua dana, termasuk yuran pengeluaran, akan segera di kembalikan ke baki akaun anda

Sila ambil perhatian bahawa jika status urus niaga anda adalah “Dalam Proses/In Process”, anda tidak akan dapat membatalkannya melalui platform. Dalam kes ini, sila hubungi pihak eToro dan mereka akan membantu anda.

Syarat-Syarat Withdrawal

1. Jumlah minimum untuk pengeluaran ialah USD $50

2. Anda hendaklah mempunyai dana yang mencukupi untuk pengeluaran

3. Akaun anda perlu disahkan, bermakna tanda hijau muncul pada profil anda (jika anda masih belum mengesahkan akaun anda, sila hubungi kami dan muat naik dokumen-dokumen yang diperlukan)

Maklumat peribadi anda, butiran pembayaran dan dokumen yang disertakan dilindungi oleh dasar keselamatan maklumat ketat eToro. Garis panduan yang ketat untuk melindungi maklumat peribadi anda disediakan dan akan memenuhi keperluan tertinggi pengguna perkhidmatan kewangan yang mementingkan faktor keselamatan.

Withdrawal Fee (Caj Pengeluaran)

Permintaan pengeluaran (withdrawal request) adalah tertakluk kepada caj pemprosesan pengeluaran (withdrawal fee). Anda akan melihat nilai caj pengeluaran sebenar dalam bahagian “Casher” selepas anda memasukkan jumlah pengeluaran yang sebenar. Pada bahagian ini anda masih boleh membatalkan permintaan tersebut.

Sebarang pengeluaran dalam mata wang selain daripada USD adalah tertakluk kepada caj penukaran. Sila ambil perhatian, anda mungkin dikenakan caj oleh pembekal dana yang terlibat dalam pengeluaran dana (bank perantara, bank penerima, atau penyedia kad kredit anda).

Anda akan dimaklumkan melalui e-mel sebaik sahaja pemprosesan permintaan pengeluaran anda telah selesai, bersama-sama dengan butiran penyedia pembayaran di mana eToro menghantar dana anda. Anda juga boleh klik pada ‘Portfolio’ dan kemudian pada tab sejarah untuk melihat status pengeluaran anda.

Apa yang anda perlu lakukan sekiranya dana anda tidak dikreditkan dalam akaun anda?

1. Klik pada tab portfolio, kemudian pada periksa bahagian sejarah pengeluaran, untuk melihat apakah kaedah yang anda gunakan untuk pengeluaran dana. Sebagai alternatif anda boleh menyemak e-mel yang anda terima berhubung dengan pemprosesan pengeluaran anda.

2. Sila perhatikan tempoh masa yang diambil untuk dana anda dikreditkan ke akaun anda. Pengeluaran boleh ia mengambil masa sehingga 8 hari bekerja untuk dana dikreditkan dalam penyata akaun anda.

Jika semua perkara di atas telah diperiksa dan anda masih tidak dapat menerima dana anda, sila hubungi pihak eToro untuk tindakan lebih lanjut.